Algoritma berkomputer Punca kuasa dua untuk nombor 2

Banyak algoritma yang membuat penganggaran punca kuasa 2, sama ada dalam pernyataan nisbah integer atau dalam bentuk perpuluhan. Algoritma paling biasa bagi kes ini, sama ada menggunakannya dalam banyak komputer atau mesin pengira, adalah kaedah Babylon[3] bagi pengiraan punca kuasa 2 yang merupakan salah satu daripada kaedah mengira punca kuasa. Perkara itu adalah seperti berikut:

Pertama, ambil mana-mana tekaan, F 0 {\displaystyle F_{0}} ; tekaan itu tidak penting kerana tekaan itu hanya mempengaruhi berapa banyak lelaran yang diperlukan untuk mencapai anggaran penghampiran bagi ketepatan tertentu. Kemudian, dengan menggunakan tekaan itu, lelarkannya menerusi pengiraan rekursif tersebut:

F n + 1 = F n + 2 F n 2 . {\displaystyle F_{n+1}={\frac {F_{n}+{\frac {2}{F_{n}}}}{2}}.}

Lebih banyak lelaran dalam algoritma ini (iaitu banyak pengiraan dilakukan dan "n" lebih besar), lebih elok anggaran punca kuasa dua 2 yang dapat dicapai.

Nilai √2 dikira hingga 137,438,953,444 tempat perpuluhan oleh pasukan Yasumasa Kanada pada 1997.

Pada Februari 2006, rekod pengiraan √2 telah diganti dengan penggunaan komputer rumah. Shigeru Kondo mengira hingga 200,000,000,000 tempat perpuluhan dalam lebih kurang 13 hari dan 14 jam menggunakan 3.6GHz PC yang mempunyai 16GB ingatan.

Dalam banyak-banyak pemalar dengan kembangan perpuluhan tak berulang, hanya π telah dikira dengan lebih tepat.

Rujukan

WikiPedia: Punca kuasa dua untuk nombor 2 http://www.math.ubc.ca/~cass/Euclid/ybc/ybc.html http://www.washingtonpost.com/wp-srv/style/longter... http://scienceworld.wolfram.com/biography/Hippasus... http://www.math.cornell.edu/~dwh/papers/sulba/sulb... http://it.stlawu.edu/~dmelvill/mesomath/tablets/YB... http://numbers.computation.free.fr/Constants/Misce... http://numbers.computation.free.fr/Constants/Sqrt2... http://crd.lbl.gov/~dhbailey/dhbpapers/bbp-formula... http://xn--2-tbo.net http://www.cut-the-knot.org/proofs/sq_root.shtml